Jumaat, 7 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 6

 


(30 HARI 30 DOA)


D6- Doa Memohon Kesembuhan (Doa Syifa)


Salah satu nikmat terbesar dalam kehidupan adalah kesihatan. Namun, sekiranya kita diuji dengan sakit, kita haruslah meyakini bahawa Allah SWT menguji sesuai mengikut kemampuan kita masing-masing. 


Ketahuilah bahawa sakit itu penghapus dosa dan tanda kasih sayang Allah terhadap makhluk-Nya.


Islam mengajarkan doa kesembuhan (doa syifa) serta beberapa ayat syifa di dalam Al-Quran yang kita boleh amalkan untuk memohon kesembuhan kepada Allah SWT.


NOTA: Baca doa ini sambil usap bahagian yang sakit dengan tangan kanan anda. Semoga dengan izin & kuasa Allah yang Maha Menyembuhkan penyakit anda disembuhkan. 



Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4 

#TogetherGainSuccess