Selasa, 4 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 3

 


[30 HARI 30 DOA]


D3- DOA NABI YUNUS A.S


Doa Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun. Zikir ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya, yang salah satunya adalah manfaat dikeluarkan kita daripada kesusahan atau bencana. Disebabkan zikir ini, Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Yunus, membolehkannya keluar dari perut ikan yang menelannya​​.


Kelebihan doa Nabi Yunus antara lain adalah:


- Dimakbulkannya doa dan permintaan.

- Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah SWT akan memperkenankan doa mereka.

- Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar, dan doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. 


Doa ini menzahirkan diri kita sebagai hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.​


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara