(30 HARI 30 DOA)
D21- Doa Memohon Keselamatan Dunia dan Akhirat
Solat adalah merupakan sebab bagi seluruh kehidupan. Ia adalah zikir dan syukur. Maka jika seorang hamba mendirikan solat dengan menunaikan syarat-syarat dan rukun-rukunnya secara sempurna, maka dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang berzikir dan bersyukur. Dan ketika dia meninggalkannya, maka dia termasuk orang-orang yang lupa dan lalai, dan termasuk juga dari kalangan orang-orang yang kafir.
Ia jelas menunjukkan peri pentingnya ibadat solat. Bukan semata-mata untuk dirinya, tetapi juga anak dan zuriat keturunannya.
Dengan memperolehi anak dan zuriat yang soleh akan menyejukkan mata hati serta membawa kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Justeru, marilah sama-sama kita sentiasa memohon doa kepada Allah SWT agar dikurniakan keteguhan dalam melaksanakan solat serta kaum keluarga dan zuriat kita.
Daripada:
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara
#TGSTOP4
#TogetherGainSuccess