D19- Doa kepada Ibu Bapa
Doa kepada kedua ibu bapa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia merupakan satu perkara yang dituntut.
Ini kerana, Allah SWT mengajar kita sebagai hamba-Nya agar sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapa sepertimana yang terdapat di dalam al-Quran.
Untuk itu, janganlah sesekali kita lupa untuk sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapa kita dalam apa jua keadaan sekali pun kerana wujudnya kita di dunia ini adalah disebabkan mereka.
Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak soleh dan solehah yang sentiasa berbakti serta mendoakan kesejahteraan kepada keduanya. Amin.
Daripada:
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara
#TGSTOP4
#TogetherGainSuccess