Selasa, 25 Mac 2025

WORLD QURAN HOUR





 

Isnin, 24 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 23

 


(30 HARI 30 DOA)


D23- Doa Hilangkan Sedih dan Gelisah


Dalam hal ini, seorang hamba bertawakal kepada Allah SWT untuk memohon pertolongan-Nya.


Erti tawakal bagi umat Islam adalah menyerahkan segala perkara dan usaha kepada Allah SWT, serta berserah diri kepada-Nya. Hal ini dilakukan agar seorang hamba mendapatkan kemaslahatan atau menolak dari kemudaratan.


Dikutip dari Ensiklopedia Islam, seorang ulama Arab Saudi Muhammad bin Abdul Wahab mengungkapkan bahwa tawakal adalah pekerjaan hati manusia dan puncak tertinggi keimanan.


Lafaz ini mengandungi pesan untuk manusia agar senantiasa memohon pertolongan hanya kepada Allah SWT.



Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4 

#TogetherGainSuccess


PENCAPAIAN CEMERLANG PRESTASI


🌈 BERKONGSI PENCAPAIAN 🎖️


Alhamdulillah, TGS menerima SIJIL CEMERLANG atas Pencapaian Cemerlang Prestasi Pembayaran dan Tuntutan Dalam Tempoh 7 Hari bagi Tahun 2024.

Majlis Penyampaian Sijil Cemerlang telah disampaikan oleh Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pengarah Pendidikan JPWPKL bertempat di Auditorium JPWPKL sempena Perhimpunan Bulanan JPWPKL pada 24 Mac 2024.


Terima kasih khusus buat Ketua Pembantu Tadbir (CC) Nurul Asyikin atas komitmen padu dan membuahkan Pencapaian Cemerlang ini dengan kerjasama barisan pentadbir, para guru dan AKP. 


Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin kelangsungan kejayaan TGS bagi Tahun 2025.



#TGSTOP4

#TogetherGainSuccess

#WargaTGSBerkualiti


 

Ahad, 23 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 22

 


(30 HARI 30 DOA)


D22- Doa Memohon diberi Petunjuk dan Ketakwaan


Jika diringkaskan, empat hal yang diminta dalam doa ini adalah:

1. Al Hudaa, yaitu petunjuk yang sempurna dari Allah untuk menjalani jalan yang lurus.

2. At Tuqaa, yaitu ketakwaan yang menyeluruh dalam semua hal, dalam menjalankan perintah agama, dan menjauhi yang dilarang dalam agama.

3. Al ‘Afaaf, yaitu keterjagaan dari melakukan hal-hal yang dilarang oleh agama, dan hal-hal yang tidak halal, sehingga hati dan jiwa kita menjadi saleh.

4. Al Ghina, yaitu kekayaan hati, sehingga tidak merasa bergantung dan terlalu mengharapkan apa yang ada di tangan manusia, melainkan bergantung dan berharap pada apa yang ada di tangan Allah.


Doa ini merupakan di antara doa yang paling padat dan paling bermanfaat kerana di dalamnya terkandung permintaan kebaikan agama dan kebaikan dunia.


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4

#TogetherGainSucces

Sabtu, 22 Mac 2025

BULETIN RAMADAN 30 HARI 30 DOA - HARI 21


 (30 HARI 30 DOA)


D21- Doa Memohon Keselamatan Dunia dan Akhirat


Solat adalah merupakan sebab bagi seluruh kehidupan. Ia adalah zikir dan syukur. Maka jika seorang hamba mendirikan solat dengan menunaikan syarat-syarat dan rukun-rukunnya secara sempurna, maka dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang berzikir dan bersyukur. Dan ketika dia meninggalkannya, maka dia termasuk orang-orang yang lupa dan lalai, dan termasuk juga dari kalangan orang-orang yang kafir. 


Ia jelas menunjukkan peri pentingnya ibadat solat. Bukan semata-mata untuk dirinya, tetapi juga anak dan zuriat keturunannya.


Dengan memperolehi anak dan zuriat yang soleh akan menyejukkan mata hati serta membawa kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. 


Justeru, marilah sama-sama kita sentiasa memohon doa kepada Allah SWT agar dikurniakan keteguhan dalam melaksanakan solat serta kaum keluarga dan zuriat kita.


Daripada:

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG, Pusat Sumber Sekolah dan Kelab Bitara


#TGSTOP4 

#TogetherGainSuccess

PROGRAM SENYUM SYAWAL EDUCARING